PROTECT YOUR MIND FROM VIRUS! USE BOOSTER MINDA AS THE ANTI VIRUS

BOOSTER MINDA adalah perisian Anti-Virus yang melindungi keselamatan minda serta menstabilkan tenaga positif minda bagi membina kebijaksanaan, keyakinan dan kepimpinan.

Informasi

BOOSTER MINDA (Anti-Virus Minda)

Revolusi baru dalam menuju Era Moden masa kini, Bahan Asas digunakan melalui Sukrose atau "Sugar Energy" Ia mudah dimakan, selamat tanpa dadah, tiada kesan sampingan mengikut kaedah yang disyorkan.

Makanan tenaga minda ini juga dikenali sebagai perisian Anti-Virus Minda kerana ia membantu mengenal pasti frekuensi organ di bahagian minda yang tidak seimbang dan frekuensi zon minda yang dijangkiti Virus Minda. Setelah mengenal pasti Virus Minda yang terdapat di dalam minda ia terus menghapuskan virus di dalam minda serta memberi perlindungan pada minda. Selain itu ia juga boleh memberi keseimbangan semula pada frequensi minda anda.

Pengalaman Kami

Assalamualaikum


Terima kasih kerana melawati laman Blog kami. Tujuan kami membina laman Blog ini adalah untuk berkongsi pengalaman penggunaan Booster Minda ini dengan ibu bapa yang lain di luar sana.


Sebelum kami menjadi Stokis untuk produk ini kami juga adalah pengguna atau bakal pengguna seperti anda. Kami mempunyai dua cahaya mata, kedua-duanya adalah lelaki yang sulung 6 tahun (Adnin) dan yang kedua 3 tahun (Kauthar).


Proses membesar & mendidik anak lelaki ini adakalanya menjadikan kami stress dan mudah marah dengan keletah mereka yang nakal. Boleh dikatakan setiap hari selepas pulang dari kerja, kami akan cuba meluangkan masa dan memenuhi kehendak mereka. Pada pandangan kami, dengan memenuhi setiap kehendak anak akan menjadikan mereka lebih baik dan mudah didekati.


Malangnya, semakin hari kelakuan mereka semakin nakal, pemalas, memberontak apabila ditegur atau dimarahi serta dikuasai emosi negatif. Kami sebagai ibu bapa juga semakin hilang kesabaran, menjadi pemarah dan stress. Kami merasakan kehidupan kami menjadi semakin negatif dan kami tidak mahu perkara yang negatif menguasai kehidupan kami sekeluarga.


Mulanya kakak kami (Pn Wahdah - stokis Sg Balang) menyedari perubahan negatif kami sekeluarga dan mencadangkan agar kami sekeluarga mendapatkan khidmat nasihat Dr Ridzuan.


Pada Mei 2010 kami bertemu dengan Dr Ridzuan (Dr Ridz) mentor kami untuk mendapat nasihat dari beliau berhubung perkara ini.


Informasi yang kami perolehi dari Dr Ridz, anak sulung kami (Adnin) dikategorikan sebagai hyperaktif dan Dr Ridz telah mencadangkan penggunaan Booster Minda. Kami menggunakan Booster Minda ini seperti yang dicadangkan oleh Dr Ridz.


Paling menakjubkan setelah hari ke2 penggunaan, terdapat perubahan positif dari segi personaliti Adnin iaitu dari seorang yang keras hati kepada lembut hati dan mudah menerima nasihat dan mendengar arahan. Kami seakan tidak percaya dengan perubahan positif ini tetapi masih menaruh kepercayaan ke arah itu.


Sehinggalah pada suatu hari berlaku sesuatu yang menyentuh hati saya sebagai bapa. Pagi tersebut semasa sedang bersiap untuk ke tadika, telah berlaku perselisihan faham antara saya dan Adnin yang menyebabkan dia memberontak dan merajuk. Sekiranya mood paginya negatif, dia marahkan kami hingga ke petang.


Pada mulanya nak marah juga dengan tindakannya yang berlari keluar dari rumah menuju ke parking sendiran. Tetapi setelah penggunaan Booster Minda, saya juga menjadi lebih positif, rasional dan kreatif dalam setiap tindakan.


Jadi saya mengambil pendekatan berbincang dengannya. Saya bertanya pada Adnin, adakah tindakan yang diambil olehnya itu wajar? Apakah kebarangkalian yang akan berlaku sekiranya dia diculik atau dilanggar oleh kenderaan lain semasa melintas sendirian, sedangkan ayah & mama tiada di situ? Kemudian saya biarkan dia berfikir sendirian.


Tiba-tiba Adnin panggil saya dan pandang tepat ke mata saya dengan ayat yang tidak pernah diucapkannya sambil menghulurkan tangan.... "Ayah along minta maaf" dan terus memeluk saya. Sebak dan terharu...itu perasaan pertama yang menerjah. Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran kepada Allah.


Di tadika, guru kelas (Teacher Yati) juga dapat mengesan perubahan positif Adnin. Beliau menyatakan bahawa Adnin lebih fokus semasa belajar, cepat faham apabila diajar, mudah mengikut arahan dan lebih bertenaga. Namun sebagai ibu bapa, kami perlu membantunya agar lebih maju dalam pelajaran dan perubahan ini berterusan.


Kami sekeluarga akan terus menggunakan Booster Minda dan menyarankan agar ibu bapa lain bersama-sama kami menikmati keistimewaan Booster Minda ini. InsyaAllah, 100% anda akan berpuas hati.


Semoga apa yang kami kongsikan ini dapat menjadi inspirasi kepada anda (pengguna dan bakal pengguna) semua.


Salam Ukwah

Mohd Fadiza Mohd Dahalan (Mohd Fadz)
Zurina Abu

Stokis & Booster Minda Consultant
Kecantikan . Minda . Kesihatan

Monday, November 15, 2010

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Bertemu lagi dalam coretan terbaru berbentuk ilmiah dari saya. Seronok pula rasanya menulis ni...apatah lagi berkongsi ilmu dengan semua para pembaca, pengguna & bakal pengguna Booster Minda.

Baru-baru ini saya telah menghadiri seminar sehari bertajuk LOA (Law of Attraction) atau dalam Bahasa Melayunya "Hukum Daya Tarikan" anjuran EHS Mind Power Consultancy pada 14 November 2010 bertempat di Pearl International Hotel KL. Seminar ini disampaikan oleh mentor saya iaitu Dr Ridzuan Mohd Noor (Dr Ridz).

Banyak informasi yang telah diperolehi sepanjang seminar sehari tersebut - yang mana ilmu seperti ini tidak dapat dijual beli atau diperolehi secara pembacaan semata-mata tanpa kajian dan perbincangan.

Antara yang menarik ialah empat (4) frekuensi di dalam minda kita yang mempunyai tugas & tanggungjawab masing-masing. Selain itu, kenali warna diri (aura) yang menentukan kelebihan & kelemahan kita yang boleh diperbaiki dan lain-lain. (Tunggu coretan yang akan datang ye!)

Tapi, untuk kali ini saya ingin berkongsi ilmu dan kata-kata hikmat yang akan sentiasa tersemat dalam diri saya iaitu :

"Hati-hati dengan fikiran anda kerana ia akan menjadi kata-kata

Hati-hati dengan kata-kata anda kerana ia akan menjadi perbuatan

Hati-hati dengan perbuatan anda kerana ia akan menjadi kebiasaan

Hati-hati dengan kebiasaan anda kerana ia akan menjadi sikap anda

Hati-hati dengan sikap anda kerana ia akan menjadi masa depan anda"

Oleh itu, mari sama-sama kita renung-renungkan. Semoga menjadi pengajaran buat kita semua.
Salam Ukhwah.

No comments:

Post a Comment