PROTECT YOUR MIND FROM VIRUS! USE BOOSTER MINDA AS THE ANTI VIRUS

BOOSTER MINDA adalah perisian Anti-Virus yang melindungi keselamatan minda serta menstabilkan tenaga positif minda bagi membina kebijaksanaan, keyakinan dan kepimpinan.

Informasi

BOOSTER MINDA (Anti-Virus Minda)

Revolusi baru dalam menuju Era Moden masa kini, Bahan Asas digunakan melalui Sukrose atau "Sugar Energy" Ia mudah dimakan, selamat tanpa dadah, tiada kesan sampingan mengikut kaedah yang disyorkan.

Makanan tenaga minda ini juga dikenali sebagai perisian Anti-Virus Minda kerana ia membantu mengenal pasti frekuensi organ di bahagian minda yang tidak seimbang dan frekuensi zon minda yang dijangkiti Virus Minda. Setelah mengenal pasti Virus Minda yang terdapat di dalam minda ia terus menghapuskan virus di dalam minda serta memberi perlindungan pada minda. Selain itu ia juga boleh memberi keseimbangan semula pada frequensi minda anda.

Pengalaman Kami

Assalamualaikum


Terima kasih kerana melawati laman Blog kami. Tujuan kami membina laman Blog ini adalah untuk berkongsi pengalaman penggunaan Booster Minda ini dengan ibu bapa yang lain di luar sana.


Sebelum kami menjadi Stokis untuk produk ini kami juga adalah pengguna atau bakal pengguna seperti anda. Kami mempunyai dua cahaya mata, kedua-duanya adalah lelaki yang sulung 6 tahun (Adnin) dan yang kedua 3 tahun (Kauthar).


Proses membesar & mendidik anak lelaki ini adakalanya menjadikan kami stress dan mudah marah dengan keletah mereka yang nakal. Boleh dikatakan setiap hari selepas pulang dari kerja, kami akan cuba meluangkan masa dan memenuhi kehendak mereka. Pada pandangan kami, dengan memenuhi setiap kehendak anak akan menjadikan mereka lebih baik dan mudah didekati.


Malangnya, semakin hari kelakuan mereka semakin nakal, pemalas, memberontak apabila ditegur atau dimarahi serta dikuasai emosi negatif. Kami sebagai ibu bapa juga semakin hilang kesabaran, menjadi pemarah dan stress. Kami merasakan kehidupan kami menjadi semakin negatif dan kami tidak mahu perkara yang negatif menguasai kehidupan kami sekeluarga.


Mulanya kakak kami (Pn Wahdah - stokis Sg Balang) menyedari perubahan negatif kami sekeluarga dan mencadangkan agar kami sekeluarga mendapatkan khidmat nasihat Dr Ridzuan.


Pada Mei 2010 kami bertemu dengan Dr Ridzuan (Dr Ridz) mentor kami untuk mendapat nasihat dari beliau berhubung perkara ini.


Informasi yang kami perolehi dari Dr Ridz, anak sulung kami (Adnin) dikategorikan sebagai hyperaktif dan Dr Ridz telah mencadangkan penggunaan Booster Minda. Kami menggunakan Booster Minda ini seperti yang dicadangkan oleh Dr Ridz.


Paling menakjubkan setelah hari ke2 penggunaan, terdapat perubahan positif dari segi personaliti Adnin iaitu dari seorang yang keras hati kepada lembut hati dan mudah menerima nasihat dan mendengar arahan. Kami seakan tidak percaya dengan perubahan positif ini tetapi masih menaruh kepercayaan ke arah itu.


Sehinggalah pada suatu hari berlaku sesuatu yang menyentuh hati saya sebagai bapa. Pagi tersebut semasa sedang bersiap untuk ke tadika, telah berlaku perselisihan faham antara saya dan Adnin yang menyebabkan dia memberontak dan merajuk. Sekiranya mood paginya negatif, dia marahkan kami hingga ke petang.


Pada mulanya nak marah juga dengan tindakannya yang berlari keluar dari rumah menuju ke parking sendiran. Tetapi setelah penggunaan Booster Minda, saya juga menjadi lebih positif, rasional dan kreatif dalam setiap tindakan.


Jadi saya mengambil pendekatan berbincang dengannya. Saya bertanya pada Adnin, adakah tindakan yang diambil olehnya itu wajar? Apakah kebarangkalian yang akan berlaku sekiranya dia diculik atau dilanggar oleh kenderaan lain semasa melintas sendirian, sedangkan ayah & mama tiada di situ? Kemudian saya biarkan dia berfikir sendirian.


Tiba-tiba Adnin panggil saya dan pandang tepat ke mata saya dengan ayat yang tidak pernah diucapkannya sambil menghulurkan tangan.... "Ayah along minta maaf" dan terus memeluk saya. Sebak dan terharu...itu perasaan pertama yang menerjah. Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran kepada Allah.


Di tadika, guru kelas (Teacher Yati) juga dapat mengesan perubahan positif Adnin. Beliau menyatakan bahawa Adnin lebih fokus semasa belajar, cepat faham apabila diajar, mudah mengikut arahan dan lebih bertenaga. Namun sebagai ibu bapa, kami perlu membantunya agar lebih maju dalam pelajaran dan perubahan ini berterusan.


Kami sekeluarga akan terus menggunakan Booster Minda dan menyarankan agar ibu bapa lain bersama-sama kami menikmati keistimewaan Booster Minda ini. InsyaAllah, 100% anda akan berpuas hati.


Semoga apa yang kami kongsikan ini dapat menjadi inspirasi kepada anda (pengguna dan bakal pengguna) semua.


Salam Ukwah

Mohd Fadiza Mohd Dahalan (Mohd Fadz)
Zurina Abu

Stokis & Booster Minda Consultant
Kecantikan . Minda . Kesihatan

Cara Penggunaan

Cadangan pengambilan 

BOOSTER MINDA (ANTI-VIRUS MINDA) ROMEOJULIET:

Pengambilan (Kurang dari 2 Orang)

Sarapan Pagi : Makan 3 Biji
Tengahari : Makan 3 Biji
Malam : Makan 3 Biji




Pengambilan EKONOMI 1 (3 hingga 6 Orang)

Sarapan Pagi : 5 Biji Sukrose dicampurkan dalam 1000ml Air (Suam/Mineral) dan minum bersama dalam tempoh 30 minit sahaja.

Tengahari : 5 Biji Sukrose dicampurkan dalam 1000ml Air (Suam/Mineral) dan minum bersama dalam tempoh 30 minit sahaja.

Malam : 5 Biji Sukrose dicampurkan dalam 1000ml Air (Suam/Mineral) dan minum bersama dalam tempoh 30 minit sahaja.


Pengambilan EKONOMI 2 (7 Orang Ke atas)

Sarapan Pagi : 7 Biji Sukrose dicampurkan dalam 1000ml Air (Suam/Mineral) dan minum bersama dalam tempoh 30 minit sahaja.

Tengahari : 7 Biji Sukrose dicampurkan dalam 1000ml Air (Suam/Mineral) dan minum bersama dalam tempoh 30 minit sahaja.

Malam : 7 Biji Sukrose dicampurkan dalam 1000ml Air (Suam/Mineral) dan minum bersama dalam tempoh 30 minit sahaja.

Cara Penggunaan Aromaterapi AURA HARMONY:

1. Ia perlu di campur dengan air mandian untuk mengecas tenaga elektromagnet dan mendapat kesan positif berserta niat yang baik dan positif (lebih spesifik kepada permasalahan diri dari sudut IQ, EQ & SQ). 


2Jika mandian menggunakan Baldi/Kolam/Tab.
  • Buka air paip & titiskan 3 titik AURA HARMONY ke dalam kolam mandi/ baldi/ tab dengan membiarkan air paip sentiasa mengalir untuk tujuan mengecas tenaga. 
  • Niatkan sesuatu yang spesifik merujuk kepada permasalahan diri dari sudut IQ, EQ & SQ. 
  • Mulakan mandian dengan bahagian kaki sehinggga ke kepala secara perlahan-lahan untuk membuang segala panas di dalam badan.
  • Kemudian lakukan mandian seperti biasa (disarankan antara 10-15 minit bagi setiap mandian)

4. Jika mandian menggunakan Air Pancur.
  • Buka air pancuran & basahkan dari kaki sehingga ke kepala untuk membuang panas di dalam badan.
  • Isikan air ke dalam gayung & titiskan 3 titik Aura Harmony beserta niat positif yang spesifik merujuk kepada permasalahan diri.
  • Siramkan air di dalam gayung tadi terus ke kepala
  • Kemudian teruskan mandian seperti biasa (disarankan mandian di antara 10-15 minit)
Cadangan Waktu Mandian:
  • Pagi (3 - 11 pagi)
  • Petang (5 - 7 petang)
  • Malam (8 - 2 pagi)
*Elakkan mandi pada waktu maghrib (7 - 8 malam) kerana gelombang negatif pada waktu tersebut amat tinggi (warna infrared bersamaan frekuensi jin & syaitan)