PROTECT YOUR MIND FROM VIRUS! USE BOOSTER MINDA AS THE ANTI VIRUS

BOOSTER MINDA adalah perisian Anti-Virus yang melindungi keselamatan minda serta menstabilkan tenaga positif minda bagi membina kebijaksanaan, keyakinan dan kepimpinan.

Informasi

BOOSTER MINDA (Anti-Virus Minda)

Revolusi baru dalam menuju Era Moden masa kini, Bahan Asas digunakan melalui Sukrose atau "Sugar Energy" Ia mudah dimakan, selamat tanpa dadah, tiada kesan sampingan mengikut kaedah yang disyorkan.

Makanan tenaga minda ini juga dikenali sebagai perisian Anti-Virus Minda kerana ia membantu mengenal pasti frekuensi organ di bahagian minda yang tidak seimbang dan frekuensi zon minda yang dijangkiti Virus Minda. Setelah mengenal pasti Virus Minda yang terdapat di dalam minda ia terus menghapuskan virus di dalam minda serta memberi perlindungan pada minda. Selain itu ia juga boleh memberi keseimbangan semula pada frequensi minda anda.

Pengalaman Kami

Assalamualaikum


Terima kasih kerana melawati laman Blog kami. Tujuan kami membina laman Blog ini adalah untuk berkongsi pengalaman penggunaan Booster Minda ini dengan ibu bapa yang lain di luar sana.


Sebelum kami menjadi Stokis untuk produk ini kami juga adalah pengguna atau bakal pengguna seperti anda. Kami mempunyai dua cahaya mata, kedua-duanya adalah lelaki yang sulung 6 tahun (Adnin) dan yang kedua 3 tahun (Kauthar).


Proses membesar & mendidik anak lelaki ini adakalanya menjadikan kami stress dan mudah marah dengan keletah mereka yang nakal. Boleh dikatakan setiap hari selepas pulang dari kerja, kami akan cuba meluangkan masa dan memenuhi kehendak mereka. Pada pandangan kami, dengan memenuhi setiap kehendak anak akan menjadikan mereka lebih baik dan mudah didekati.


Malangnya, semakin hari kelakuan mereka semakin nakal, pemalas, memberontak apabila ditegur atau dimarahi serta dikuasai emosi negatif. Kami sebagai ibu bapa juga semakin hilang kesabaran, menjadi pemarah dan stress. Kami merasakan kehidupan kami menjadi semakin negatif dan kami tidak mahu perkara yang negatif menguasai kehidupan kami sekeluarga.


Mulanya kakak kami (Pn Wahdah - stokis Sg Balang) menyedari perubahan negatif kami sekeluarga dan mencadangkan agar kami sekeluarga mendapatkan khidmat nasihat Dr Ridzuan.


Pada Mei 2010 kami bertemu dengan Dr Ridzuan (Dr Ridz) mentor kami untuk mendapat nasihat dari beliau berhubung perkara ini.


Informasi yang kami perolehi dari Dr Ridz, anak sulung kami (Adnin) dikategorikan sebagai hyperaktif dan Dr Ridz telah mencadangkan penggunaan Booster Minda. Kami menggunakan Booster Minda ini seperti yang dicadangkan oleh Dr Ridz.


Paling menakjubkan setelah hari ke2 penggunaan, terdapat perubahan positif dari segi personaliti Adnin iaitu dari seorang yang keras hati kepada lembut hati dan mudah menerima nasihat dan mendengar arahan. Kami seakan tidak percaya dengan perubahan positif ini tetapi masih menaruh kepercayaan ke arah itu.


Sehinggalah pada suatu hari berlaku sesuatu yang menyentuh hati saya sebagai bapa. Pagi tersebut semasa sedang bersiap untuk ke tadika, telah berlaku perselisihan faham antara saya dan Adnin yang menyebabkan dia memberontak dan merajuk. Sekiranya mood paginya negatif, dia marahkan kami hingga ke petang.


Pada mulanya nak marah juga dengan tindakannya yang berlari keluar dari rumah menuju ke parking sendiran. Tetapi setelah penggunaan Booster Minda, saya juga menjadi lebih positif, rasional dan kreatif dalam setiap tindakan.


Jadi saya mengambil pendekatan berbincang dengannya. Saya bertanya pada Adnin, adakah tindakan yang diambil olehnya itu wajar? Apakah kebarangkalian yang akan berlaku sekiranya dia diculik atau dilanggar oleh kenderaan lain semasa melintas sendirian, sedangkan ayah & mama tiada di situ? Kemudian saya biarkan dia berfikir sendirian.


Tiba-tiba Adnin panggil saya dan pandang tepat ke mata saya dengan ayat yang tidak pernah diucapkannya sambil menghulurkan tangan.... "Ayah along minta maaf" dan terus memeluk saya. Sebak dan terharu...itu perasaan pertama yang menerjah. Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran kepada Allah.


Di tadika, guru kelas (Teacher Yati) juga dapat mengesan perubahan positif Adnin. Beliau menyatakan bahawa Adnin lebih fokus semasa belajar, cepat faham apabila diajar, mudah mengikut arahan dan lebih bertenaga. Namun sebagai ibu bapa, kami perlu membantunya agar lebih maju dalam pelajaran dan perubahan ini berterusan.


Kami sekeluarga akan terus menggunakan Booster Minda dan menyarankan agar ibu bapa lain bersama-sama kami menikmati keistimewaan Booster Minda ini. InsyaAllah, 100% anda akan berpuas hati.


Semoga apa yang kami kongsikan ini dapat menjadi inspirasi kepada anda (pengguna dan bakal pengguna) semua.


Salam Ukwah

Mohd Fadiza Mohd Dahalan (Mohd Fadz)
Zurina Abu

Stokis & Booster Minda Consultant
Kecantikan . Minda . Kesihatan

Saturday, October 6, 2012

MASALAH YG 'DINIKMATI'

Kebanyakan manusia tidak suka pada masalah, mereka akan rasa tertekan, tidak enak apabila menghadapi masalah. Mereka akan cuba lari atau mengelak atau terpaksa menghadapi masalah dengan perasaan risau dan stress.

Mengapa manusia tidak suka kepada masalah?
Sebabnya sama ada mereka tidak mengetahui atau terlupa tujuan sebenar kehidupan adalah 'masalah'. Ia sebenarnya bukan masalah tetapi ujian dari Allah. Apabila disebuat ujian, maka ia bersifat sementara & pasti berakhir. Sudah lumrah kehidupan, kadangkala kita di atas & kadangkala kita di bawah. Perkara yang sama akan berulang pada masa hadapan selagi hidup ini belum berakhir.

Firman Allah, "Dan masa (kegembiraan dan kesedihan) itu Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran ), dan agar Allah menbezakan orang-orang beriman (dengan orang-orang kafir)...." (surah Ali Imran 3:140).

Bagaimana cara sebenar kita menghadapi masalah?
Kesan tekanan ini dapat dikurangkan dengan kita mengurangkan fokus kepada masalah tetapi meningkatkan fokus kepada cara menghadapinya.

Sabda Rasulullah s.a.w, "Amat menghairankan keadaan orang Mukmin, (cara mereka mengendalikan masalah) sesungguhnya semua keadaannya itu adalah merupakan kebaikan baginya (yakni peluang beramal soleh) tidak akan berlaku demikian kepada seseorang kecuali hanya kepada seorang Mukmin. Apabila ia mendapat kelapangna hidup, ia bersyukur (taat kepada Allah) maka hal itu adalah kebaikan baginya, sedangkan apabila ia ditimpa kesukaran, yakni bencana ia pun bersabar (taat kepada Allah) dan hal ini uga merupakan kebaikan baginya". (Riwayat Muslim)

Ringkasnya cara mengendalikan masalah adalah dengan berfokus kepada amal soleh. Semua masalah yang kita hadapi datangnya dengan izin Allah, tetapi sesiapa yang berfokus kepada amal soleh, Allah memberi panduan kepadanya kaedah terbaik bagaimana mengendalikan masalah tersebut.

Mengapa kita rasa terlalu susah dan kecewa ketika menghadapi masalah?
Kerana kita hanya bergantung kepada usaha kita semata-mata dalam menyelesaikan masalah sedangkan keupayaan yang dikurniakan Allah kepada kita adalah terhad. Kita terlupa bahawa masalah itu adalah diberi oleh Allah dan hanya Dia sahaja yang tahu jalan penyelesaian terbaik.

Firman Allah, "Dan jika Allah menimpakan sesuatu bencana kepadamu, tidak ada yang dapat menghilangkannya selain Dia..." (surah Al-An'aam 7:16)

Ingatlah banyak perkara di dalam kehidupan adalah di luar kawalan kita.Permasalahannya, manusia selalu ego dengan sedikit kekuatan, kepandaian, kekayaan yang dikurniakan Allah kepadanya sebagaimana firman Allah :
"Sesungguhnya manusia itu benar-benar melampai batas, apabila melihat dirinya serba cukup".(surah Al-'Alaq 96: 6-7).

Nasihat untuk orang merasa dirinya dikelilingi masalah
Bandingkan masalah kita yang terlalu kecil dengan masalah yang dihadapi oleh para nabi dan sahabat. Semua masalah itu berakhir dengan pertolongan Allah dan menghadapinya dengan sabar.

Mereka cintakan Allah, baik dengan Allah dan Allah jadikan masalah yang berat dan besar pada pandangan manusia tapi ringan bagi mereka.

Firman Allah "Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar (usaha bersungguh-sungguh melakukan amal soleh) dan solat (berdoa bersungguh-sungguh). Dan sesungguhnya (sabar dan solat) itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk (ikhlas serta beramal soleh)". (surah Al-Baqarah 2:45)


Petikan dari artikel Aku & Al-Quran, nukilan Dr Mohd Shafie Md Amin Al-Muqri (Majalah Q&A - isu 9)

Friday, September 28, 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera kpd semua pembaca sekalian...

Dah lama rasanya kami tak update blog booster minda ni kan? 

Kami memohon maaf sbb x sempat nak update....maklum la kami bekerja....isteri di Semenanjung dgn anak2 manakala suami di Sabah dari awal tahun hari tu hgg lah sekarang. So masa kami banyak dihabiskan untuk mengetahui perkembangan antara satu sama lain....rasa mcm pengantin baru plak bila berjauhan  ni...

Citer pasal berjauhan ni....terus terang saya katakan ini adalah kali pertama kami berjauhan dalam tempoh yang lama....so faham2 je la ye. Bila isteri sorang2 uruskan rumahtangga....especially bila duk di KL ni mmg menuntut kesabaran yg tinggi serta kekuatan fizikal & mental. Mana taknye....keluar rumah pg2 buta (seawal 6.30am)...hantar anak yg sulung ke transit....hantar anak ke2 ke taska....then baru la mama ke tempat keja. Petang plak balik keja cpt2 sbb nak kejar amik anak ke2 kat nurseri...pas2 amik yg sulung kt sekolah (waktu persekolahan dr pkl 11.30am - 6.30pm)...then baru la kami anak-beranak balik ke rumah. Kami duk Cheras & bekerja di KL menyebabkan kami ambil keputusan utk menghantar anak2 bersekolah di KL juga. So bayangkanlah...purata setiap hari kami menghabiskan masa selama lbh kurg 4 jam di atas jalan raya aje. Bila sampai kt rumah of course la cpt2 nk solat maghrib, mengaji Al-Quran sikit, bersihkan badan, sediakan dinner utk family, tgk anak2 siapkan homework, siapkan apa2 yg ptt utk esok dsb...solat isya' pas2 boleh la melelapkan mata & merehatkan badan utk perjalanan hari esok plak.

Apa hikmah di sebalik perjalanan hidup kita setiap hari...hanya Allah yg tahu. Sebagai hambaNya kita kena sentiasa bersangka baik dgn Allah, redha & sabar dengan setiap dugaan & ujian yg dilalui serta tidak putus2 mengharapkan rahmat & kasih sayang Allah pd kita agar kita mampu melalui semua yg telah diatur olehNya. Yakinlah bahawa Allah menguji seseorang hamba itu mengikut kemampuannya. Ujian & dugaan Allah ni pelbagai....kita kena ingat supaya kita akan sentiasa bersedia & tidak leka dgn tggjawab kita kpdNya. Kesenangan, kesusahan, kesedihan....hatta kekayaan juga adalah ujian dr Allah. Kalo kita kata kita taat perintahNya, yakin dgnNya & sentiasa mengharapkanNya....perlu ada bukti kan? Ujian bkn setakat perkara2 yg negatif & x baik je....yg positif & baik juga merupakan ujian.

Kita kena buktikan apa dipohon padaNya...melalui doa seharian, solat2 yg dilakukan dsb....adakah kita akan sentiasa berpegang kpd ajaran & bawaan kekasihNya...Rasulullah s.a.w.....serta kasih kpd baginda walopn kita diberikan kesenangan & kekayaan dlm hidup. Kat si2 kita kena muhasabah diri kita blk....kenapa Allah beri kita kesenangan. Adakah di kala tu kita x perlu lagi berdoa pada Allah....merayu mohon bantuanNya? sedangkan selama kita di dalam kesusahan kita akan sentiasa menadah tangan memohon yg terbaik dr Allah. Bila Allah bagi kita ujian kesenangan ni...kita mohon pada Allah agar ditetapkan iman, jadikan kita hamba yg sentiasa bersyukur & mohon agar Allah tidak bolak-balikkan hati kita jauh dariNya. 

Then, jgn sesekali bersangka buruk pd Allah...menyatakan Allah x adil @ Allah x sayangkan kita selagi mana doa kita tidak dimakbulkan. Bersangka baik lah...setiap doa tu akan dimakbulkan...cuma masa adalah penentunya. Tak semestinya doa kita cpt makbul tu bukti Allah sayang kita & sebaliknya....tp DIA aje yg tahu kenapa kita dapat sesuatu yg kita minta tu cpt atau lambat.

Berbalik pada kisah kami anak-beranak tanpa ayah tersayang buat sementara di sisi....kami yakin akan ketentuanNya. Walaupun di awalnya timbul rasa x redha dgn ketentuan Allah...rasa nak give up pn ada. Bkn setakat di awalnya...hatta smpi skg pn kalo ada ujian Allah tu kekadang rasa mcm x mampu lalui sendiri..maklumlah x pernah berpisah kan....Bila difikirkan balik hikmah yg kita sendiri x tahu sebelum melaluinya....maka kami bertiga dapat melalui hari2 yg penuh 'adventure' di bandar Metropolitan yg serba mencabar ni. Untuk tidak sentiasa mengharapkan bantuan dan simpati manusia....kami sentiasa bermunajat pada Allah agar diberikan kesihatan serta kekuatan fizikal & mental untuk melalui hari2 yg mencabar. Mohon agar diberikan penyelesaian yg terbaik dr setiap ujian yg diberikan. Tak kira la cabaran dari sudut mana...karenah anak2, tuntutan kerja di ofis dan sebagainya. Kekuatan fizikal aje x memadai tanpa kekuatan mental.

Sama la kaedahnya dgn booster minda & mandian aura yg berfungsi membantu dari sudut IQ, EQ & SQ. Alhamdulillah dengan penggunaan produk ni sejak dulu hgg skrg ni membantu kami mengekalkan stamina & keyakinan, menstabilkan emosi & merasionalkan pemikiran yg kekadang tu berserabut dibuatnya. Balik keja je lps solat maghrib (waktu mandian dicadangkan pkl 8pm & ke atas)....mandi dgn air campuran aura harmony...relaks kan minda yg penat dgn bebanan seharian selain freshkan badan yg dh letih duk kt opis & dlm keta sepjg hari. Pas2 lps dinner....amik memo booster 3 biji...minum air masak....terus tido. Perlu diingatkan.....banyakkan minum air masak utk pastikan badan kekal cergas & minda kekal cerdas setiap hari. Kesannya mmg x leh nampak dlm jangkamasa pendek....insyaAllah kita akan dapat rasainya dlm jangkamasa panjang. 

Ok lah...banyak plak celoteh kali ni...bosan plak nnt. Tapi x pe la...sekali sekala update ni kekadang idea tu mencurah2 plak. Sampai kekadang jari pn x sempat nak menaip....hehehe. Last but not least...teringat kata2 Prof. Dr Muhaya dlm radio Ikim.fm..."Orang yang menang adalah orang yang sabar". Oleh itu utk jadi orang yang sabar...kita kena sentiasa positif...x kira dr sudut pemikiran, kata2, tingkah laku serta tindakan. Untuk kekal positif....BOOSTER MINDA ANTI VIRUS MINDA adalah jawapannya....

Fikir2kan....dan selamat mencuba. Anda pasti berpuas hati.

p/s : Untuk hubby & ayah kpd anak2ku yg tercinta....tq atas kasih sayang & perhatian yg diberikan kpd kami...semoga berjaya menyiapkan tugasan yg diberikan...& dapat blk ke KL dgn segera. Walaupun jauh di mata tp ayah sentiasa di hati. Kami semua sayang ayah..


Gambar terkini: Adnin (8 tahun) & Kauthar (5 tahun)

Saturday, May 21, 2011